Khabar Angin Pelancaran Galaxy S4, iPhone 5S Tersebar

Galaxy S4Beberapa artikel di laman teknologi antarabangsa kini mengatakan yang Samsung akan mengumumkan telefon bimbit Galaxy 2013 di edisi CES tahun depan dan peranti tersebut bakal mempunyai paparan 4.99-inci dengan resolusi 1920x1080 dan 441 PPI, Exynos 5450 quad-core CPU (Cortex-A15) dan kamera 13 megapiksel.

Seperti tiada apa-apa yang baru, tetapi khabar angin Galaxy S4 mendapat perhatian yang lebih walaupun Galaxy S3 masih kekal sebagai produk yang kukuh. Agaknya kenapa Samsung akan melancarkan Galaxy S4 terlalu awal daripada yang dijangkakan?

Khabar iPhone 5S kuat tersebar, mengatakan Apple sedang menghasilkan iPhone generasi ketujuh, dan bukan itu sahaja, ia juga akan melancarkan peranti baru pada musim panas tahun 2013. Selain itu, khabar angin yang paling terkini mengatakan bahawa Apple bukan sahaja akan melancarkan iPhone 5S pada pertengahan 2013, tetapi juga iPad generasi akan datang.

Sesetengah pengguna tidak terlalu teruja dengan pelancaran produk baru dan cepat untuk mengadu sebaik saja gadgat baru berada di pasaran sebab tidak menepati khabar angin yang tersebar di internet.

Labels: ,