Video Gangnam Style di YouTube akan Capai 1 Bilion Tontonan

Gangnam Style
Psy kini menjadi raja di YouTube. Video Gangnam Style kini menjadi yang paling banyak dilihat di YouTube, mengatasi video Baby - Justin Bieber. Video melonjak popular dengan pantas dan adalah mustahil jika anda tidak pernah mendengarnya atau menonyonnya lagi, kini mencapai 806 juta tontonan.

Gangnam Style dimuat naik ke YouTube pada 15 Julai 2012 dan telah mendapat sejumlah besar tontonan sejak dari itu. Berkemungkinan besar ia akan mencapai 1 bilion tontonan bila-bila masa dari sekarang.

Buat masa sekarang, ia masih mendapat antara tujuh hingga 10 juta tontonan setiap hari, jadi 1 bilion views bukan sahaja mungkin, tapi ia akan tercapai sebelum tahun depan.

Ia menjadi lebih banyak jika kita kira semua sekali versi video yang ada, termasuk spoofs dan parody, yang mana melepasi 200 juta tontonan. Ia juga menjadi video yang paling banyak like di YouTube buat masa sekarang.

via Amanz.my

Labels: ,