Google Lancarkan Halaman Carian Baru

Pada bulan Julai lepas, Google telah pun bereksperimen dengan antara muka baru halaman keputusan carian mereka. Kini mereka telah pun lancarkannya secara rasmi, tetapi untuk permulaan, ia hanya untuk pengguna di AS sahaja. Google akan mula sebarkannya kepada pengguna di seluruh dunia secara berperingkat.


Susun atur halaman carian baru yang meletakkan navigational tools dari bahagian kiri halaman ke atas halaman, syarikat itu mengumumkan dalam blog post.

Termasuk dalam pelancaran setakat ini adalah anda akan melihat halaman carian yang lebih kemas. Mengeluarkan tools tidak memberikan apa-apa kesan kepada carian. Agak menghairankan, beberapa keputusan tidak ada iklan yang dipaparkan seperti biasa, mungkin masih di peringkat ujian oleh Google.

Google berkata, ia telah memberi tumpuan untuk mewujudkan halaman keputusan carian "lebih mudah, reka bentuk bersih", bermula dengan tablet tahun lepas sebelum bergerak ke telefon pintar beberapa minggu lalu dan kini desktop. Fungsi advanced search kini agak tersembunyi, ia muncul dalam drop down menu apabila anda klik butang "Search tools".


via Inside Search

Labels: