Google Maps untuk iOS Hampir Siap

Menurut sumber dari Wall Street Journal, Google kini dalam peringkat terakhir menggilap aplikasi Google Maps untuk iOS, ini bermakna syarikat itu akan mengeluarkan aplikasi tersebut pada bila-bila masa.

"Google telah mengedarkan versi ujian aplikasi pemetaan baru yang akan bekerja pada Apple iPhone kepada beberapa individu di luar syarikat," beritahu seseorang yang tahu akan perkara itu. Google telah meletakkan sentuhan terakhir pada aplikasi sebelum menyerahkannya untuk kelulusan kepada stor iTunes Apple.

Walaupun ramai sudah sedia maklum yang Google akan membangunkan aplikasi peta untuk iOS, terdapat spekulasi mengenai sama ada Apple akan meluluskannya ataupun tidak. Satu laporan mencadangkan bahawa tidak kira seburuk mana pun Apple Maps, Apple mahu untuk bergerak tanpa Google.

Aplikasi Google Maps untuk iOS bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna, ia juga merupakan peluang yang besar untuk Google. Google akan dapat memaparkan iklan pada aplikasi seperti yang mereka lakukan pada Android.

via The Wall Street Journal

Labels: ,