Google Promosikan Bahasa Arab

Arabic Web Days
Google melancarkan inisiatif terbaru mereka bagi membantu dunia lebih mengenali bahasa Arab. Mereka memperkenalkan program yang dipanggil Arabic Web Days.

Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan jumlah kandungan dalam talian dalam bahasa Arab, sebuah bahasa yang agak kurang digunakan di Internet. Ini adalah satu langkah yang baik oleh pihak Google bagi menonjolkan bahasa Arab.

"Kandungan basaha Arab di web hanya mewakili 3 peratus daripada jumlah kandungan digital dalam talian. Tapi orang yang menuturkan basaha Arab lebih daripada 5 peratus daripada penduduk global," kata Google dalam blog.

Selain itu, Google juga telah melancarkan blog dalam bahasa Arab sahaja, dan video promosi YouTube dalam bahasa Arab.

via Mashable

Labels: