Tiada Lagi Ulasan Anonymous di Google Play


Jika anda seorang suka gunakan nama anonymous untuk tinggalkan komen, Google Play kini bukan tempatnya lagi. Dalam satu langkah yang akan melenyapkan maklum balas yang tidak bernama atau tidak dikenali, Google kini memaksa pengulas untuk log masuk terlebih dahulu.

Apabila pengguna membuat ulasan untuk aplikasi, filem, album, atau apa-apa perkara lain yang boleh didapati di Google Play, profil Google+ mereka akan dilampirkan kepada komen - yang bermakna nama dan gambar mereka akan terpapar.

Sekarang, bila seorang pengguna yang sudah log masuk meninggalkan ulasan, satu mesej muncul memberitahu mereka bahawa "mulai sekarang, ulasan yang anda tulis akan disiarkan secara umum menggunakan nama dan gambar Google+ anda."

Google jelas menekankan akauntabiliti, juga cuba untuk meningkatkan kualiti ulasan di Google Play. Dengan langkah ini, ia agak sukar untuk kekal tanpa nama sesama meninggalkan komen.

Labels: ,