Kini Anda Boleh Hoskan Laman Web di Google Drive (updated)

Google kini membolehkan laman web mudah dihoskan dengan menggunakan akaun Google Drive anda. Idea ini adalah untuk membolehkan pemaju untuk mewujudkan aplikasi untuk menerbitkan laman web yang ringkas diakses untuk semua orang.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mewujudkan folder Drive baru dan jadikan ia sebagai public. Kemudian muat naik beberapa fail HTML ke folder tersebut. Mana-mana fail yang dimuat naik akan menjadi seperti web host yang biasa, contohnya fail index.html akan boleh didapati secara automatik.

Untuk melihat laman web anda, anda perlu untuk mengakses laman tersebut melalui pautan https://googledrive.com/host/shared_folder_ID. ID ini boleh didapati apabila berkongsi folder dari aplikasi Drive, ia kelihatan seperti ini - 0B716ywBKT84AcHZfMWgtNk5aeXM.

Mana-mana sumber-sumber yang anda perlukan seperti, imej, fail CSS dan sebagainya akan dikesan, ianya hanya perlu ditambah ke folder yang sama menggunakan relative paths yang sesuai.

Jika anda ingin tahu bagaimana untuk melakukan semua ini secara lebih terperinci, sila rujuk dokumentasi SDK Google Drive. Ia mungkin hanya sesuai untuk pengguna yang advanced.

*Kemaskini 7 Februari 2013:
Google telah mengeluarkan guide rasmi untuk host-kan laman web di Google Drive. googledrive.com/host/0B716ywBKT84AMXBENXlnYmJISlE/GoogleDriveHosting.html

Labels: