Facebook akan Beriklan di Seluruh Internet


Walaupun mungkin ia tak akan jadi kenyataan, tapi Facebook telah terfikir untuk berbuat sedemikian, rangkaian iklan luaran berdasarkan semua data yang terkumpul bukan lagi rahsia. Syarikat itu pada dasarnya sudah menguji rangkaian iklan di aplikasi mudah alih.

Jadi, perubahan dasar privasi terbarunya, menyatakan dengan jelas bahawa ia boleh menggunakan maklumat pengguna untuk beriklan di luar Facebook.

Dasar pengekalan data sudah menyatakan bahawa Facebook boleh menyediakan perkhidmatan iklan "sosial" di luar tapak mereka, kini ia jelas bahawa boleh memaparkan mana-mana iklan di mana-mana laman web.

Apa sahaja yang anda lakukan di Facebook boleh digunakan untuk iklan, semua tindakan anda dan apa-apa yang anda katakan. Ini bergantung kepada tetapan privasi anda. Tetapi data anda tidak bernama, digunakan untuk iklan yang disasarkan dalam permainan. Facebook bukanlah satu-satunya syarikat yang menjejak anda untuk menyediakan iklan.

Labels: