Instagram Lancarkan Badge untuk Promosikan Laman Profil

Instagram Badges
Bulan lepas Instagram akhirnya melancarkan laman profil di web untuk pengguna yang semakin berkembang. Instagram memberikan pengguna keupayaan untuk like dan komen pada gambar, serta follow pengguna baru melalui laman web.

Terbaru, dalam usaha untuk mempromosikan laman profil web, syarikat itu melancarkan Instagram Badges.

"Hari ini, kami sangat teruja untuk melancarkan Instagram badges, alat yang akan membantu anda menghubungkan dan mempromosikan profil web Instagram anda. Letakkannya di blog peribadi anda, laman web jenama, atau promosi kempen untuk mengarahkan pengikut baru ke profil web Instagram anda dan menggalakkan orang lain untuk mencari dan melibatkan diri dengan kandungan Instagram anda," kata Instagram dalam blog post.

Apa yang anda perlu lakukan adalah log masuk dan pergi ke halaman Badges Instagram. Dari situ, anda boleh memilih lencana yang anda ingin paparkan pada blog. Salin kod dan letakkan di laman web anda. Kini, orang ramai boleh mencari Instagram anda dan berinteraksi dengan kandungan anda dari web.

via Blog Instagram

Labels: