Instagram Lancarkan Laman Profil di Web


Instagram membuat satu langkah yang besar dari telefon bimbit ke web. Instagram sudah hadir di web sebelum ini, tetapi ia kini memperkenalkan profil penuh untuk semua pengguna dalam talian.

Semua foto awam akan disenaraikan bersama-sama dengan maklumat profil, anda akan dapat komen dan like gambar, seperti mana yang boleh kita lakukan dalam aplikasi.

Satu-satunya perbezaan adalah anda tidak boleh memuat naik foto dari web. Instagram kekal sebagai syarikat mobile-centric, walaupun kita mungkin mahukan Instagram membolehkan muat naik gambar dari web.

"Anda telah meminta untuk Instagram di web dan kita telah mendengar. Dalam beberapa hari lagi, kita akan melancarkan profil Instagram di web," Instagram menulis.

Semua profil Instagram kini akan mempunyai cutom url. Sebagai contoh, @nike boleh didapati di instagram.com/nike, sesiapa sahaja akan berada di instagram.com/[username].

via Blog Instagram

Labels: