Pengasas MegaUpload Lancarkan Laman Baru - Mega


Sebelum ni kita telah diberitakan yang pengasas laman Megaupload, Kim Dotcom akan bangunkan semula laman yang diarahkan supaya ditutup oleh kerajaan AS. Kini projek beliau sudah siap, tapi masih dalam percubaan. Projek tersebut dipanggil "Mega".

Satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna menyimpan data mereka secara awan (cloud) dengan sokongan enkripsi (encryption) dan berkongsi folder antara akaun.

Mega juga akan menawarkan download manager melalui pelayar web, berbeza dengan Megaupload Mega, Manager terpaksa dipasang pada komputer pengguna. Projek tersebut dijadualkan akan dilancarkan pada 20 Jan, 2013.

"Mega baru mengelakkan apa-apa urusan dengan hosting, domain di AS dan telah mengubah cara ia beroperasi untuk mengelakkan di takedown lagi sekali," kata Dotcom.

via Mashable

Labels: ,