Live Streaming TV3, 8TV, TV9 & NTV7 di Laman Tonton.com.my

Kini anda semua boleh menonton streaming TV secara langsung melalui PC dan menyokong peranti mudah alih seperti iOS5 ke atas dan Android 2.3 ke atas.

Setelah beberapa lama menunggu untuk menonton saluran Media Prima - TV3, 8TV, TV9 & NTV7 secara dalam talian, kini anda semua boleh layari live.tonton.com.my/livetv/ untuk menikmatinya.

Tapi malangnya, streaming ini tidak akan boleh diakses kepada penonton dalam talian yang terletak di luar Malaysia disebabkan oleh isu undang-undang.

Mengikut laporan TheTechInsider, streaming TV secara langsung ini mungkin memerlukan sekurang-kurangnya sambungan jalur lebar 1Mbps untuk aliran yang jelas dan stabil.

via TheTechInsider

Labels: ,