Microsoft akan Tamatkan Windows Live Messenger

Microsoft dilaporkan merancang untuk menampatkan aplikasi standalone Windows Live Messenger dan mengintegrasikan ke dalam Skype, sekali gus memberi tumpuan lebih pada platform yang memainkan peranan utama dalam rancangan jangka panjang syarikat itu.

Memetik satu sumber, The Verge melaporkan bahawa Microsoft mungkin mengumumkan keputusan itu hujung minggu ini, tetapi ia tidak lagi jelas sama ada perubahan itu akan berkuat kuasa serta-merta atau pada satu tarikh kemudian.

Microsoft bersedia untuk menggalakkan pengguna beralih kepada Skype, kerana aplikasi ini juga membawakan fungsi ciri Messenger untuk orang-orang yang tidak mahu untuk menggunakan VoIP.

Lebih daripada 80 peratus daripada mesej yang dihantar melalui Skype nampaknya dihantar melalui Messenger ini. Sementara itu, Microsoft juga telah mengeluarkan Skype versi Windows 8 yang datang dengan semua ciri-ciri yang menarik dalam antara muka "Metro".

via The Verge

Labels: