Nokia Lancarkan Maps untuk iPhone dan iPad

Nokia Maps
Seperti yang dijanjikan, Nokia telah pun mengeluarkan aplikasi peta mereka sendiri khusus untuk iPhone dan iPads. Data pemetaan Nokia kini hampir menyamai kehebatan Google, jadi aplikasi baharu ni akan menjadikan ia alternatif yang hebat untuk Apple Maps yang gagal.

Aplikasi Nokia ini yang dipanggil "Here", membolehkan anda menyimpan peta untuk melihatnya secara offline, memberikan anda arah transit awam, dan menyediakan navigasi bersuara.

CEO Nokia, Stephen Elop berkata yang matlamat aplikasi adalah untuk "mewujudkan peta peribadi yang mengubah cara kita mengemudi kehidupan kita." Beliau juga menjanjikan yang Nokia Here akan datang kepada sistem operasi mudah alih dalam beberapa bulan akan datang.

Muat turun Nokia Maps untuk iPhone dan iPads di iTunes.

Labels: , , ,