Galaxy Note II Sudah Terjual 5 juta Unit

Galaxy Note II
Samsung mengumumkan yang Galaxy Note II telah dijual lebih daripada 5 juta unit di seluruh dunia, mencecah 2 juta pada bulan lepas. Pada awal bulan November, mereka umumkan peranti tersebut telah dijual sebanyak 3 juta unit.

Samsung Galaxy S II sudah lebih kurang dua bulan berada di pasaran seluruh dunia, sampai di pasaran Malaysia pada pertengahan Oktober lalu. Dengan 5 juta unit sudah terjual hanya dalam masa dua bulan, tidak dapat dinafikan lagi kejayaannya di pasaran.

Akan tetapi, ini tidak bermakna setiap 5 juta orang menggunakan Galaxy Note II. Samsung hanya mengira jualan kepada peruncit. Dalam erti kata lain, lebih daripada 5 juta peranti telah dihantar untuk berada di pasaran, dengan sesetengah daripada mereka dijual, sebahagian daripada mereka masih di rak. Tetapi masih, ia menunjukkan terdapatnya permintaan.

via Mashable

Labels: ,