Obama Cipta Rekod Baru di Twitter dan Facebook

Tahniah diucapkan kepada Presiden AS, Barrack Obama di atas kejayaan menewaskan pencabar beliau dalam pertandingan pemilihan presiden. Obama berjaya meneruskan pimpinan beliau selama empat tahun akan datang.

Sejurus saja diumumkan keputusan, sejam selepas itu, Obama juga berjaya mencipta sejarah baru dalam media sosial.

Obama tweet - "Empat tahun lagi" - kini tweet paling banyak retweeted di Twitter dengan lebih setengah juta retweets.

Pasukan Obama memuat naik gambar yang sama pada halaman Facebook beliau serta dengan caption yang sama dan telah menjadi gambar yang paling banyak like sepanjang masa dengan lebih daripada 2.2 juta orang.



Labels: , ,