Pasaran Tablet Apple Jatuh 50 Peratus


Persaingan antara Apple dan Samsung memang tak akan tamat rasanya. Kedua-dua pihak cuba sedaya upaya untuk menarik pengguna mereka. Tapi kini ada berita baik buat Samsung, pasaran tablet Apple telah jatuh kepada 50.4% pada Q3 2012, jatuh dari 59.7% pada suku yang sama tahun lepas.

Samsung pula semakin meningkat kepada 18.4% dari 6.5%, satu perubahan yang agak besar. Mungkin satu petunjuk yang Samsung semakin berjaya menambat hati pengguna.

Nampaknya satu kenyataan dari Silicon Valley; "Tidak ada pasaran tablet, hanya ada pasaran iPad," tidak lagi boleh diguna pakai. Samsung dikatakan menjual 5.1 juta tablet di seluruh dunia dalam Q3 2012, meningkat dengan mendadak dari dua tahun sebelum tu.



via Mashable

Labels: ,