Facebook Gesa Pekerja Mereka untuk Bertukar ke Android

droidfoodFacebook nampaknya telah menggunakan poster bagi menggesa atau menggalakkan kakitangan mereka untuk bertukar dari iPhone ke Android.

Berdasarkan laporan dari TechCrunch, poster nampaknya telah mula muncul di dinding ibu pejabat syarikat di Mountain View, California.

Walaupun Facebook pernah memberikan pekerja mereka iPhone, matlamat beralih kepada Android nampaknya untuk meningkatkan fungsi aplikasi, yang telah dikritik. Usaha ini dipanggil sebagai dog-fooding, di mana pekerja digalakkan untuk menggunakan produk mereka sendiri, untuk meningkatkan pengalaman Facebook pada platform telefon pintar dengan marketshare terbesar.

Data terkini menunjukkan Android mengawal 68.1 peratus daripada pasaran telefon pintar, manakala Apple iOS hanya 16.9 peratus.

Salah satu poster menunjukkan graf besar yang memaparkan data IDC, meramalkan Android akan mengawal kira-kira dua kali ganda daripada pasaran telefon pintar sama seperti iPhone lakukan pada 2016. Kedua-dua poster menggalakkan pekerja untuk menghubungi meja bantuan Facebook segera untuk menguruskan pertukaran peranti mereka ke Android.

via TechCrunch

Labels: ,