Projek Menggantikan MegaUpload Terbantut

Kim Dotcom
Pada awal bulan November, Kim Dotcom, pengasas MegaUpload telah menyiapkan projek beliau bagi menggantikan laman MegaUpload yang dikenali sebagai Mega.

Beliau juga ada mengumumkan akan melancarkan Me.ga pada bulan Januari untuk mengelakkan apa-apa isu undang-undang di Amerika Syarikat. Domain .ga datang dari Gabon, yang terletak di pantai barat Afrika Tengah.

Tapi, menurut laporan Business Insider, Menteri Komunikasi Gabon, Louembe Blaise menyekat laman web tersebut, mengatakan yang negara itu "tidak boleh dijadikan sebagai platform atau skrin untuk melakukan perbuatan yang bertujuan untuk melanggar hak cipta, tidak boleh digunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab."

Kim Dotcom pula memberikan respon yang beliau ada domain alternatif untuk bangunkan laman web itu. Nampaknya Kim tidak akan berputus asa untuk mengembalikan zaman kegemilangan MegaUpload. Walaupun ada halangan, Kim Dotcom masih berazam untuk melancarkan projek gantian beliau.

via Business Insider

Labels: ,