Kerajaan Gesa Syarikat Perketat Keselamatan Siber

Datuk Fadillah YusufSyarikat-syarikat di Malaysia digesa untuk menggunakan sepenuhnya pembiayaan disediakan untuk membangunkan harta intelek dan teknologi canggih, terutamanya dalam keselamatan siber.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusuf berkata, syarikat juga perlu melabur dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk perniagaan mereka supaya mereka boleh beroperasi tanpa gangguan.

Beliau berkata, syarikat-syarikat perlu memberi tumpuan kepada program latihan dan pendidikan yang boleh meningkatkan kecekapan profesional keselamatan siber.

"Bagi menangani ancaman dan risiko yang semakin meningkat dalam ruang siber, proses dalaman organisasi juga mesti dijaga dengan memupuk budaya keselamatan menggunakan amalan terbaik antarabangsa," kata Fadillah.

Memang benar apa yang kerajaan Malaysia mahukan, keselamatan siber adalah semakin penting pada zaman sekarang. Kalau keselamatan dalam dunia realiti mungkin kita perlukan orang Nepal jaga, tapi keselamatan siber kita perlukan orang yang pakar, mungkin mat saleh.

via The Malaysian Reserve

Labels: