Taman Tema Angry Bird Pertama di Asia


Pemaju Angry Bird mengumumkan rancangan untuk membuka taman tema di China, di mana permainan itu telah dimuat turun lebih daripada 190 juta kali. Sebelum ni McDonald membina replika watak permainan itu di beberapa cawangan kat China.

Sekarang, francais Angry Bird bersedia untuk membuka taman tema pertama di Asia. Angry Bird Land akan dibina berhampiran Shanghai di wilayah China Zhejiang. Ia akan bertemakan aplikasi itu, yang memaparkan pemain melastik burung kartun ke kubu dalam usaha untuk menghapuskan babi hijau yang jahat.

Rovio, pembuat Angry Bird, telah melancarkan taman permainan di Tong Ji Universiti kampus di Shanghai. Pengurus Besar Rovio di China, Paul Chen, memberitahu AFP: "Orang-orang di China mahu keluar dan menghabiskan masa lapang mereka di destinasi lapang. Kami berharap untuk membuka (taman tema) menjelang Tahun Baru Cina Februari tahun depan."

Labels: