Kini Anda Boleh Tweet Melalui Emel


Facebook mungkin baru perkenalkan butang share untuk aplikasi mudah alih, jadi Twitter tidak mahu ketinggalan dalam kepentingan sesuatu yang baru di mana berjuta-juta pengguna di kedua-dua rangkaian sosial sedang dalam persaingan.

Twitter telah memberikan pengguna cara baru untuk berkongsi tweet kegemaran mereka. Twitter.com akan menampilkan pilihan yang membolehkan pengguna untuk berkongsi tweet melalui emel, walaupun kepada penerima yang bukan ahli Twitter.

Apa yang baik untuk pengguna, dalam kes ini, adalah juga baik untuk Twitter. Tiada cara yang lebih baik untuk menarik lebih ramai pengguna daripada melalui pengguna sedia ada. Sekarang, jika bukan pengguna twitter mungkin melihat tweet kelakar dalam emel mereka dan berfikir "agaknya saya perlu melihat apa yang ada kat Twitter." Twitter telah tidak pernah segan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka melalui emel.

Perkongsian emel bukan satu-satunya pengumuman baru daripada Twitter. Syarikat itu juga mengumumkan versi baru aplikasi iOS dan Android yang memperbaiki tab discover dan fungsi carian.

Labels: