Kini Apple Bargabung dengan Google untuk Paten Kodak

KodakPada bulan Julai lepas, kami ada melaporkan yang pihak Apple dan Microsoft bergabung tenaga untuk paten Kodak. Terbaru, Apple dan Google pula akan bersama-sama untuk membida paten Kodak yang berharga $500 juta.

Dalam nama perniagaan, musuh anda hari ini mungkin jadi rakan anda esok, jika kedua-dua pihak boleh memeterai satu perjanjian yang saling bermanfaat. Sebelum ini, Google dan Apple bersaing dalam bidang sistem operasi mudah alih.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dari kedua-dua syarikat, beberapa sumber sebenarnya melaporkan ia adalah bercanggah. Salah satu sumber melaporkan bahawa Google dan Apple masing-masing membentuk konsortium mereka sendiri untuk menyaingi tawaran masing-masing. Satu set yang berbeza pula daripada sumber-sumber yang dipetik oleh Bloomberg mengatakan dua gergasi teknologi internet itu bekerjasama.

Perniagaan paten adalah satu perkara yang menguntungkan, dengan firma-firma yang mampu untuk mendapatkan yuran pelesenan besar dari pesaing yang menggunakan teknologi mereka. Kodak berharap ia boleh mendapatkan wang tunai yang cukup bagi membantu mereka mengatasi masalah kewangan.

Manakala Google dan Apple boleh menggunakan teknologi pengimejan dalam peranti mereka dengan lesen tersebut.

Labels: ,