DiGi Tawarkan iPad Mini dan iPad Generasi ke-4


DiGi bakal tawarkan produk terbaru dari Apple, iPad mini dengan Wi-Fi + Selular dan iPad generasi ke-4 dengan Wi-Fi + Selular.

Rawaran ini datang dengan pelbagai pelan data yang membolehkan pelanggan berhubung melalui rangkaian yang dilengkapi dengan LTE. Pelan data boleh didapati tanpa kontrak, menyediakan pelanggan dengan kebebasan untuk mengaktifkan atau membatalkan pelan pada bila-bila masa.

iPad generasi ke-4 ditawarkan dengan harga bermula dari RM1899 dan iPad mini dari RM1399 (kedua-dua tidak termasuk pembayaran terlebih dahulu).

Harga iPad Mini 3G di pasaran Malaysia:16GB (RM1399), 32GB (RM1699), 64GB (RM1999). Ia kini boleh didapati melalui Apple Store Malaysia.

Pelanggan boleh membeli mini iPad baru melalui DiGi Online Store pertama manakala iPad generasi ke-4 boleh didapati di outlet DiGi. Ketahui lebih lebih lanjut tentang pelan DiGi dan harga, sila layari laman web DiGi.

Labels: