Facebook Mahu Beli Whatsapp

WhatsappWhatsapp kini menjadi kegilaan bagi setiap pengguna telefon pintar untuk berkomunikasi. Mempunyai berjuta-juta pengguna di seluruh dunia, jadi tak mustahil syarikat seperti Facebook mahu ambil alih mereka. Menurut sumber, Facebook kini masih dlam perbincangan untuk membeli Whatsapp.

Walaubagaimanapun, TechCrunch melaporkan yang pihak mereka masih mencari penjelasan terperinci tentang ini serta berkenaan harga.

"Kebanyakan perkara besar biasanya terjadi pada peranti mudah alih, terdapat 5 bilion orang di dunia yang mempunyai telefon." Zuckerberg memberitahu BusinessWeek.

Aplikasi pemesejan ini mempunyai pengguna dalam lebih seratus negara yang meliputi 750 rangkaian mudah alih, pada iOS, Android, BlackBerry, Nokia S40, Symbian dan platform Windows Phone. Pada akhir Oktober 2011, kali terakhir Whatsapp mengemaskini jumlah penggunanya, ia mengumumkan bahawa 1 bilion mesej telah dihantar dalam sehari. Bersamaan 41,666,667 mesej sejam, 694,444 mesej seminit, dan 11,574 mesej setiap saat.

Kita lihat nanti apakah yang akan berlaku jika Facebook mengambil alih Whatsapp, mungkin perubahan besar akan berlaku pada Whatsapp itu sendiri.

via TechCrunch

Kemaskini 4 Dis 2012:
AllThingsD melaporkan Whatsapp menafikan khabar angin tersebut (buat masa sekarang).

Labels: ,