Log Masuk Facebook Messenger Tanpa Perlu Ada Akaun Facebook

Adakah anda mempunyai pelan data internet yang terhad? Adakah anda kurang percaya Facebook untuk tidak menggunakan rangkaian sosial atau aplikasi messenger mudah alih? Jika ya, Facebook kini memperkenalkan kaedah sign up yang lebih mudah.

Facebook telah mengumumkan pengguna kini boleh sign up Facebook Messenger dengan hanya gunakan nama dan nombor telefon. Ia proses sign up paling mudah yang tidak memerlukan akaun Facebook untuk mendaftar.

Mereka yang terutamanya mempunyai pelan menghantar mesej terhad akan mendapat manfaat Facebook Messenger berfungsi di semua platform supaya anda boleh menghantar mesej kepada rakan-rakan anda pada peranti iOS.

Laman The Next Web melaporkan, perkhidmatan baru Facebook Messenger keluar sebaik sahaja khabar angin yang Facebook akan ambil alih WhatsApp. Ia adalah satu petanda yang baik untuk pengguna yang tidak mahu akaun Facebook.

Labels: