Facebook perkenalkan "Nearby", Bantu Anda Cari Tempat Menarik

Facebook Nearby
Facebook memperkenalkan fungsi "Nearby" yang terbina di dalam aplikasi mudah alih. Ideanya adalah untuk membantu pengguna mencari tempat-tempat menarik berhampiran lokasi mereka.

Facebook mempunyai data yang cukup untuk membina perkhidmatan seperti ini. Ciri ini adalah hasil kerja yang dilakukan oleh pasukan Gowalla, yang Facebook ambil alih tahun lepas.

Facebook melancarkan fungsi ini secara beransur-ansur, hanya beberapa pengguna dapat melihatnya. Sebaik sahaja ia boleh didapati kepada umum, anda akan nampak perkataan "Nearby" dalam menu aplikasi.

Anda boleh mencari tempat-tempat dari beberapa kategori, restoran, kopi, hotel dan sebagainya.

"Hari ini kami gembira untuk mengumumkan kemaskini kepada Nearby, boleh diakses melalui aplikasi mudah alih Facebook: sekarang,  untuk menunjukkan rakan-rakan yang telah mendaftar masuk di tempat tertentu, Nearby membantu pengguna menemui tempat berhampiran mereka berdasarkan saranan rakan-rakan mereka," Facebook menjelaskan.

Labels: