Facebook Lancarkan Photo Sync untuk iOS dan Android

Photo SyncFacebook telah dilancarkan secara rasmi fungsi Photo Sync untuk kedua-dua peranti Android dan iOS. Photo Sync membolehkan pengguna untuk muat naik mana-mana gambar yang mereka ambil dengan peranti mudah alih mereka terus ke Facebook secara automatik.

Serta sudah tentu berkongsi gambar yang dimuat naik. Dengan Photo Sync, semua gambar anda dimuat naik secara automatik ke Facebook, tetapi ianya tidak secara automatik diposkan ke Timeline anda. Mana-mana foto yang dimuat naik melalui Photo Sync akan muncul dalam folder private berasingan. Dari situ, anda boleh pilih gambar yang anda mahu untuk kongsikan kepada kawan-kawan anda.

Untuk enable Photo Sync, anda hanya perlu pergi ke bahagian gambar anda dan mencari butang "sync". Ia akan muncul di bahagian bawah gambar pada aplikasi mudah alih. Anda juga boleh menetapkan Photo Sync melalui desktop.

Sebaik sahaja anda mula menggunakan Photo Sync, anda akan mempunyai sebanyak 2GB penyimpanan. Malah jika anda tidak memuat naik gambar secara automatik, anda tetap boleh simpan semua dalam loker awan 2GB secara percuma.

Apabila anda lakukan sync melalui sambungan 3G atau 4G, Facebook akan memuat naik foto anda pada saiz yang lebih kecil (100K). Apabila anda memuat naik melalui Wi-Fi, Facebook akan besarkan kembali saiz gambar.

Labels: , ,