Facebook 2.0 untuk Android Lebih Laju


Facebook telah mengeluarkan versi 2.0 aplikasinya untuk Android, yang dikatakan sebagai dua kali ganda lebih pantas apabila melihat gambar dan membuka Timeline.

Kemaskini atau tambah baik yang amat dinantikan oleh pengguna, kelajuan. Anda kini boleh melihat gambar serta-merta tanpa meninggalkan suapan berita, dan Facebook mengatakan bahawa berita juga akan mendapat manfaat daripada kemas kini ini.

Apabila Facebook memutuskan untuk membuat app iOS lebih pantas, mereka membinanya semula dari kosong, dengan memilih HTML 5. Untuk Android, mereka juga mulakan pembangunan aplikasi tersebut dari kosong, maknanya bukan menambah baik aplikasi sedia ada.

Anda boleh muat turun versi terbaru ini di Google Play atau terus kemas kini dari peranti.

Labels: ,