Facebook Belum Rancang untuk Bangunkan Aplikasi Rasmi untuk Windows 8

Windows Store Microsoft kini mempunyai lebih daripada 25,000 aplikasi dan ia terus bertambah pada kadar yang agak cepat, tetapi ada beberapa aplikasi yang terkenal di dunia tidak ada dalam senarai.

Salah seorang daripadanya adalah Facebook, sebagai aplikasi Windows 8 bagi membolehkan pengguna untuk mengakses profil mereka dan berhubung dengan rakan-rakan terus dari sistem operasi mereka.

Tetapi setakat ini, Facebook tidak merancang projek untuk membangunkan aplikasi rasmi untuk Windows 8, tetapi mungkin akan ada suatu masa nanti, jurucakap mereka menjelaskan.

"Kami sentiasa menilai strategi kami untuk menyokong platform baru... memandangkan pasaran dan penerimaan pengguna semakin berkembang," seorang pegawai syarikat itu telah memberitahu AdAge.

Labels: