Flickr Kemaskini Aplikasi untuk iPhone, tambah Fungsi seperti Instagram


Rasanya dah agak lama kita tak dengar apa-apa berita kemaskini dari laman perkongsian foto milik Yahoo, Flickr. Kini, dengan strategi dari Marissa Mayer, mereka menaik taraf aplikasi di iPhone dengan menambah beberapa ciri-ciri baru.

Aplikasi tersebut di beri nafas baru dengan reka bentuk yang lebih moden. Ia juga didatangkan dengan integrasi bersama Twitter beserta dengan filter foto.

Kini, lebih 80 juta pengguna Flickr boleh memuat naik, mengedit dan meletakkan filter pada untuk imej melalui aplikasi iPhone. Daripada 15 filter foto - yang dinamakan sempena nama haiwan.

Nampaknya gambar dari Flickr akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Instagram di Twitter. Dengan integrasi bersama Twitter, pengguna kini boleh melihat imej di Twitter pada peranti mudah alih. Pengguna juga kini boleh memuat naik terus foto ke Facebook.

Muat turun aplikasi Flickr untuk iPhone di iTunes.

Labels: