Foursquare Kemas Kini Dasar Privasi, lebih banyak info pengguna dikongsikan

Foursquare banner
Foursquare telah mengemas kini dasar privasi mereka yang akan berkuat kuasa pada 28 januari 2013. Mereka telah menghantar emel kepada kebanyakan pengguna bagi memberitahu pasal berita ini.

Dalam perubahan ini, Foursquare akan mengubah dua perkara utama iaitu nama penuh anda akan dipaparkan dan firma perniagaan akan melihat lebih banyak maklumat tentang pelanggan mereka. Mereka juga telah menerbitkan dokumen baru yang dipanggil Privacy 101, yang menjelaskan prinsip-prinsip pendekatan Foursquare untuk privasi.

Anda hanya boleh menukar nama penuh  jika tidak mahu ia mudah dilihat oleh semua orang, atau menghentikan perniagaan daripada melihat maklumat anda dengan hanya klik kotak di bawah bahagian Location Information. Foursquare mengendalikan kebimbangan privasi yang lebih baik.

Orang masih hyped atas perubahan Instagram dalam TOS mereka, yang membolehkan mereka untuk menjual imej anda bagi tujuan pengiklanan. Sudah tentu, perubahan Foursquare ini tidak sedrastik Instagram.

Labels: