Pengguna Telefon Pintar Kini Terdedah kepada Penggodam

Kalau sebelum ini, risiko bagi pengguna telefon pintar untuk digodam adalah lebih rendah dari komputer peribadi. Tapi kini, para penggodam telah menjadikan telefon pintar sebagai sasaran mereka. Di Malaysia, ada lebih kurang 7 juta pengguna telefon pintar yang mungkin tersedah kepada bahaya ini.

"Modus operandi penggodam adalah untuk menghantar aplikasi Trojan berniat jahat menyamar sebagai mesej teks kepada pengguna. Mereka tanpa disedari telah di kenakan caj apabila mereka membalas mesej palsu tersebut. Pengguna hanya menyedari ini selepas menerima bil telefon yang mahal walaupun mereka tidak melanggan perkhidmatan palsu," kata Datuk Syed Ismail Syed Azizan, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.

Aktiviti penggodam ini boleh dilaksanakan melalui aplikasi yang dimuat turun yang akan menyebabkan mangsa menanggung perbelanjaan tersembunyi walaupun mereka telah buang aplikasi tersebut.

Lookout Mobile Security menyatakan bahawa pengguna di seluruh dunia hilang berjuta-juta dolar setahun melalui malware dan penipuan tol yang menyerang pengguna telefon pintar yang telah diakses aplikasi daripada sumber yang mencurigakan dan bukannya dari sumber yang dipercayai seperti Apple dan Google.

Jadi adalah penting bagi kita mengelakkan perkara macam ni berlaku. Berhati-hati dan periksa betul-betul sesuatu aplikasi yang mahu dimuat turun.

via New Straits Times

Labels: ,