Google Perkenalkan Google+ Communities, seperti Facebook Group


Google mengumumkan pelancaran Google+ Communities, sesuatu yang lebih kurang sama dengan Facebook Group. Google+ Communities adalah "tempat perhimpunan untuk minat anda" dan "lebih ruang untuk semua perkara yang anda suka," ujar Naib Presiden Kanan Google, Vic Gundotra.

Semua pengguna Google+ boleh mewujudkan komuniti, yang merangkumi ciri-ciri seperti keahlian public atau private, kategori perbincangan, keupayaan untuk memulakan hangout dan acara dengan ahli-ahli komuniti, dan keupayaan untuk berkongsi sesuatu dengan ahli-ahli komuniti yang lain bila-bila masa anda klik butang +1 di mana-mana tapak.

Facebook Group telah wujud dah lama sebelum ni, walaupun Google+ Communities menambah beberapa ciri-ciri tambahan, seperti kebolehan untuk berkongsi dengan komuniti dari sebarang butang +1 dan untuk memulakan hangout.

Walaubagaimanapun, Google+ masih di belakang dan cuba mengejar Facebook, jumlah pengguna telah meningkat - 135 juta orang pengguna aktif dalam strim Google+ sekarang.

via Google Blog

Labels: