Google I/O 2013, Mungkin akan Umumkan Android 5.0 Key Lime Pie


Persidangan Google I/O tahun ni mungkin masih segar dalam ingatan, kini Google sudah membuat rancangan untuk edisi tahun depan. Malah, ia sudah mengumumkan tarikh untuk Google I/O 2013.

Pada edisi 2012, sepatutnya diadakan pada bulan April, tetapi telah ditunda hingga Jun bagi membolehkannya diadakan untuk tiga hari. Pada tahun ini, Google mengumumkan tarikh persidangan pemaju yang akan berlangsung selama tiga hari.

Setiap tahun Google I/O mengumumkan sesuatu yang lebih besar. Untuk edisi tahun depan, kita boleh mengharapkan kemaskini Android terbaru, Android 5.0 Key Lime Pie. Android 4.1 Jelly Bean, tekah diumumkan pada persidangan di tahun ini.

Perkara-perkara lain yang mungkin kita boleh lihat adalah termasuk beberapa kemaskini kepada barisan Nexus, mungkin Nexus 7 baru. Mungkin juga Google akan memberi tumpuan yang lebih besar pada projek Glass mereka, mungkin juga beberapa alat prototaip untuk pemaju.

Labels: ,