Google Maps Kini Boleh didapati untuk iPhone

Pada bulan November lepas, kami ada melaporkan yang aplikasi Google Maps untuk peranti iOS sudah hampir siap. Kini ia dah siap sepenuhnya dan Google dah pun membuat pengumuman rasmi.

Aplikasi tersebut dibangunkan daripada kosong dengan menggabungkan ketepatan dan komprehensif Google Maps. Antara mukanya dijadikan supaya pengguna boleh mencari sesuatu dengan lebih lancar dan mudah.

Dalam versi baru untuk iPhone ni, paparan peta lebih besar pada skrin dan menjadikan panduan peta lebih senang. Ia nampak lebih sharp, dan menyediakan kawalan yang lancar dalam pandangan 2D dan 3D. Info pula diperkembangkan dengan menunjukkan alamat, waktu perniagaan, penilaian dan ulasan, imej, arahan dan maklumat lain.

Apa yang kurang pada versi ini, tidak terdapat arahan berbasikal; mod luar talian, peta tertutup. Ia macam kurang lengkap, tetapi jelas mereka mahu untuk meletakkan aplikasi Maps ini sebagai memenuhi keperluan pengguna iOS sekarang.

Untuk melengkapkan ekosistem Google Maps, mereka juga melepaskan SDK Google Maps untuk iOS, dan skim URL mudah untuk membantu pemaju menggunakan Google Maps apabila membina aplikasi.

via Google Official Blog

Labels: , ,