Google Sync, Calendar akan Ditamatkan

produk Google
Google berterusan melakukan "pembersihan" dengan menamatkan lebih banyak perkhidmatan yang masih ada pengguna. Perkhidmatan yang besar dalam senarai adalah Google Sync. Beberapa fungsi dalam Google Calendar juga ditamatkan.

Google Sync membolehkan pengguna untuk mengakses Gmail, Calendar dan Contacts melalui Microsoft Exchange ActiveSync. Ia direka untuk menggunakan protokol dan infrastruktur bagi menggabungkan perkhidmatan Google.

Tetapi Google akan menutup perkhidmatan tersebut pada Januari 30, 2013, yang mana ia membayar lesen kepada Microsoft, untuk pengguna percuma bagi Gmail, Calendar dan sebagainya.

Pengguna yang menggunakan perkhidmatan secara percuma akan dapat bergantung kepada IMAP standard, CalDAV dan CardDAV untuk menyegerakkan data antara perkhidmatan dan aplikasi tanpa memerlukan ActiveSync.

Fungsi Appointment Slots dalam Google Calendar juga akan dihentikan. Anda tidak boleh lagi untuk menambah slot appointment baru, tetapi anda boleh menggunakan yang sedia ada untuk setahun lagi.

Labels: