Carian Terhangat di Google Malaysia Sepanjang 2012


Sedar tak sedar kini kita dah pun berada di bulan terakhir untuk satu tahun, bulan Disember. Jika anda seorang blogger atau pengguna tegar internet terutamanya carian Google, sudah pasti dah banyak yang anda buat carian di enjin carian Google.

Mengikut rekod Google Trends, sepanjang tahun 2012, pengguna internet di Malaysia hanya mencari perkara yang sama di Google. Tidak banyak kata kunci yang berubah berbanding tahun 2011. Tapi untuk kategori carian yang meningkat naik (rising), ada banyak perubahan kata kunci.

Kalau tengok pada rajah di bawah, pengguna di Malaysia masih menggunakan Google untuk membawa mereka ke laman Facebook. Saya agak, pengguna Facebook di Malaysia rata-ratanya akses akaun mereka di tempat kerja. Sebab, tak mungkin anda akan bookmark laman Facebook di tempat kerja, mungkin hanya di rumah. Begitu juga dengan YouTube. Apa yang pelik, ramai yang mencari kata kunci google itu sendiri di Google.

Bagi carian kata kunci yang meningkat naik dengan pantas, Gangnam Style nampaknya memang menjadi kegilaan. Menjadi satu fenomena hingga mungkin setiap orang yang ada akses internet akan mencari Gangnam Style di Google. Blogger hiburan paling popular, Beautifulnara adalah yang ke-9 paling popular untuk sepanjang tahun 2012.

Secara ringkasnya, itulah apa yang rakyat Malaysia cari di internet. [cross-posted di Shahrulsite.net]

Labels: ,