Instagram Berusaha Atasi Masalah Spam

Instagram sibuk dengan permasalahan mereka dengan Twitter beberapa minggu ini. Mereka berusaha untuk mengembangkan pengguna dengan fokus yang jelas di web, juga menyelesaikan beberapa masalah besar di Instagram. Salah satu yang terbesar yang belum ditangani setakat ini adalah SPAM.

Seperti dengan mana-mana perkhidmatan popular, mesti terdapat banyak masalah spam. Bagi syarikat-syarikat yang baru bertapak tidak mempunyai sumber atau kepakaran untuk melawan spam. Ini akan menarik banyak spam dan mereka mula berusaha untuk megatasinya.

"Kami menghargai semua maklum balas anda mengenai komen spam, dan kami mahu anda tahu kita sedang berusaha keras mengenai perkara ini untuk menghapuskan spam dari Instagram anda," Instagram menjelaskan usaha mereka.

Pengguna boleh membantu melawan spam, mereka boleh melaporkan kiriman, komen dan imej sebagai spam untuk membantu pasukan Instagram bergerak lebih pantas.

Satu kelebihan Instagram adalah mereka kini mempunyai akses kepada pasukan memburu spam Facebook dan teknologi. Sebagai tapak terbesar di dunia, bergantung semata-mata pada kandungan yang dijana pengguna, Facebook mengetahui lebih dalam mengenai spam.

via Instagram

Labels: