Integrasi Lebih Rapat antara YouTube dan Google+

Google meneruskan misi mereka untuk menyatukan semua produk dan perkhidmatannya. Kini menambah fungsi bagi mudah perkongsian video di YouTube.

Apabila anda memuat naik video secara public, anda akan melihat pilihan untuk kongsikannya ke Google+.

"Jika anda seorang pemuzik, penganalisis politik, pelawak, atau jenama, kami kini menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk berhubung dengan peminat anda," kata Dom Carr di Google+.

Google akan mula memaparkan semua video public anda pada profil Google+. Mereka telah menukar nama tab "Video" kepada "YouTube".

Untuk menikmati ciri baru ini, anda perlu menghubungkan akaun YouTube dan Google+. Ciri-ciri ini akan boleh dinikmati oleh semua pengguna dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Labels: ,