Cara untuk Kembalikan Gambar Instagram di Twitter

IFTTT
Di kala Twitter dan Instagram sedang berjuang untuk mendapatkan lebih kawalan daripada apa yang anda lakukan dalam talian, sesetengah pengguna mungkin ada yang telah berhenti dari berkongsi foto di Twitter, tapi bukan semudah itu.

Walaupun tanpa API, selagi kedua-dua gambar dan tweet adalah public, Instagram atau Twitter tidak boleh lakukan apa-apa untuk mencegah pengguna dari meletakkan mereka bersama-sama.

Kini terdapat pilihan, beberapa daripadanya boleh diguna pakai.

IFTTT

IFTTT adalah perkhidmatan yang sangat menarik yang menggabungkan API beberapa laman web yang besar dan menjadikan ia mungkin bagi mewujudkan perkhidmatan tugas automatik.

Ia membolehkan pengguna untuk berkongsi gambar-gambar mereka di Twitter selagi mereka memasukkan hashtag # twitter di post Instagram. Anda perlu mendaftar dengan IFTTT untuk melakukannya.

InstaTwit

InstaTwit adalah extension untuk Chrome, juga boleh lakukan perkara yang agak sama, ia menambah gambar Instagram di tweet dengan pautan.

Kelemahan, berbanding IFTTT, ia hanya berfungsi untuk anda, rakan-rakan lain akan masih hanya melihat pautan dalam tweet anda.

Labels: ,