Malaysia Bakal Keluarkan Kereta Elektrik pada 2014

Proton Saga EV
Pada tahun 2014, Malaysia bakal keluarkan kereta elektrik (EV) pertama mereka. Pelan Induk Kenderaan Elektrik (EV) akan memasuki fasa ketiga tahun depan dengan lima sasaran jangka pendek untuk merealisasikan hasrat negara menjadi peneraju industri EV menjelang tahun 2020.

Pelan Induk EV yang paling komprehensif dijangka akan mengkomersialkan kenderaan elektrik secara besar-besaran bermula 2014. Pelan Induk EV itu termasuk pengeluaran 12,000 kenderaan elektrik dan 40 bas elektrik antara 2013 hingga 2015.

“Fasa ketiga itu juga menyasarkan untuk melahirkan pengeluar bateri tempatan di samping mewujudkan pelan penyelesaian mudah alih elektrik (E-Mobility)," ujar Naib Presiden Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan Malaysian Green Techology Corporation (GreenTech Malaysia), Mohd Azrin Mohd Ali.

Fasa kedua kini sedang giat dijalankan yang merangkumi beberapa projek demonstrasi perintis bersama pengeluar seperti PROTON, Nissan dan Mitsubishi.

via Berita Harian

Labels: