Ketatkan Keselamatan Akaun Facebook

Facebook adalah laman yang paling popular di planet ini dan ia juga salah satu yang paling private. Tapi malangnya, kebanyakan pengguna kurang peka tentang keselmatan akaun Facebook mereka, walaupun Facebook menawarkan banyak perlindungan.

Perkara terbesar yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan keselamatan adalah membolehkan dua langkah atau dua faktor pengesahan (two-factor authentication). Ia menambah satu lagi langkah untuk proses login, selain kata laluan, anda juga akan memerlukan kod.

Masalah besar untuk fungsi ini adalah untuk mendapat kod; satu-satunya cara adalah ia dihantar ke telefon anda melalui SMS. Secara teori ia bagus, tetapi kurang berkesan dalam praktikal. SMS mungkin akan mengambil masa yang lama untuk sampai atau gagal terus, menjadikan fungsi ini tak boleh diguna pakai.

Tetapi perkara itu telah berubah pada musim panas lalu apabila Facebook membina penjana kod kata laluan ke dalam aplikasi Android. Ini bermakna anda tidak perlu bergantung kepada SMS lagi, hanya menggunakan aplikasi untuk menjana kod dan menggunakannya di mana-mana anda memerlukannya.

Sejak itu, Facebook telah membina penjana kod ke dalam aplikasi iPhone dan iPad. Namun, ramai pengguna tidak tahu ia wujud atau bagaimana untuk menggunakannya, jadi di sini ada sedikit panduan untuk anda:
  1. Pergi ke tetapan Facebook> tab Security;
  2. Klik pada "Edit" di sebelah "Login Approvals"
  3. Tandakan kotak di sebelah "Require a security code..."
  4. Anda perlu memberikan nombor telefon jika belum ada
  5. Kod pengesahan akan dihantar ke telefon anda
  6. Jika anda tidak mendapat SMS, anda boleh menggunakan aplikasi Facebook pada peranti;

Labels: