Maxis akan Bangunkan Perkhidmatan 4G LTE

Maxis Bhd dilaporkan akan memperuntukkan lebih kurang setengah bilion ringgit bagi membangunkan perkhidmatan 4G Long Term Evolution (LTE), atau dalam bahasa Melayu, Evolusi Jangka Panjang.

Pelaburan ini dijangka akan diaktifkan dalam masa tiga tahun akan datang. Bakal menjanjikan kelajuan muat turun sehingga 10 kali lebih laju dari 3G.

"Maxis adalah telco pertama di Malaysia yang akan melengkapkan ujian meluas dalam bidang LTE," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Sandip Das.

Pihak Maxis sebelum ini telah menguji 4G LTE selama dua tahun. Mereka melakukan ujian LTE menggunakan peranti komersial bagi memastikan pelanggan boleh menikmati pengalaman jalur lebar yang pantas dan lancar.

via Bernama

Labels: ,