Maxis dan DiGi Dedahkan Pelan untuk iPhone 5

iPhone 5 gadget impian bakal berada di pasaran Malaysia pada 24 Disember ni. Tanpa membuang masa, pihak Maxis dan DiGi telah mengumumkan pelan mereka untuk pembelian iPhone 5.

Mesti ramai yang berlumba-lumba untuk dapatkan gadget impian mereka ni. Sekarang harga tak berapa penting bagi kebanyakan orang, asal mereka dapat peranti canggih tang paling terkini lagi penting.

Harga pasaran bagi iPhone 5 di Malaysia adalah; 16GB - RM2199, 32GB - RM2499, 64GB - RM2799.

Pihak Maxis menawarkan pelan mereka dari serendah RM699 dengan kontrak 24 bulan. Pelanggan yang membeli 5 iPhone dari Maxis boleh pilih pelan berikut - iValue 1, iValue 2, iValue 3 dan iValue 4. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman ini.

DiGi pula menawarkan iPhone 5 16GB pada RM2012, 32 GB pada RM2322, dan RM2632 untuk 64GB. Pelanggan boleh pilih sama ada mahu ambil pelan iDiGi 88, iDiGi 138 atau iDiGi 238. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman ini.

via Malaysian Wireless

Labels: , ,