Twitter Lancarkan Pilihan untuk Muat Turun Arkib Tweet


Twitter kini telah melancarkan pilihan kepada pengguna untuk memuat turun arkib bagi semua tweets mereka. Pada bulan September lepas, Twitter dilaporkan sedang bekerja untuk membolehkan pengguna mereka mengeskport tweets. Sekarang ia diperkenalkan sebagai arkib Twitter.

Menurut laporan TechCrunch kebanyakan pengguna Twitter memberitahu mereka yang pilihan untuk muat turun arkib tweet sudah kelihatan. Tapi ketika entri ni ditulis, pilihan tersebut belum ada pada akaun Twitter saya.

Twitter berusaha untuk mengikut jejak langkah beberapa laman web lain yang berkongsi data dengan pengguna mereka. Google dan Facebook sudah memperkenalkan pilihan sedemikian sebelum ini.

Bila anda muat turun arkib tweet ni, ia dalam format zip dan anda perlu extract fail tersebut. Semua tweets anda akan boleh dilihat dengan membukan fail index.html. Di situ nanti akan terpapar senarai tweets yang anda hantar dan carta jumlah tweets setiap tahun pada sebelah kanan.

Arkib Tweet
via TechCrunch

Labels: