Microsoft Malaysia Umumkan Naik Taraf Percuma Perisian Office

Kepada pengguna Microsoft Office yang membeli versi Office 2010 boleh menaik taraf perisian mereka kepada versi terbaru secara percuma. Microsoft Malaysia mengumumkan tawaran ini akan berakhir 30 April, 2013.

Menurut laporan Bernama, tawaran ini adalah sebahagian daripada pra-pelancaran untuk produk Microsoft Office yang terbaru.

Microsoft memberitahu dalam satu kenyataan, pelanggan kini boleh membeli versi terbaru produk Office termasuk, Office 2013, Exchange Server 2013, Lync Server 2013, SharePoint Server 2013, Project 2013 dan Visio 2013 melalui Microsoft Volume Licensing.

"Perisian Office baru memberikan pelanggan satu set komprehensif alat produktiviti untuk membantu mereka melakukan kerja terbaik dalam dunia peranti dan perkhidmatan," katanya Microsoft.

via Bernama

Labels: