NuffnangX diserang Malware

Mungkin sudah ramai sedia maklum yang laman media sosial NuffnangX diserang oleh malware. Serangan tersebut telah menjejaskan laman web atau blog yang ada kod NuffnangX juga terjejas.

Mengikut dari keterangan pihak NuffnangX melalui emel kepada pengguna, serangan terbabit kemungkinan datang dari beberapa blog pengguna mereka yang dijangkiti. Mereka telah mengambil langkah-langkah untuk menapis blog yang boleh dikompromi, dan menjangkakan status di Google akan dipulihkan tidak lama lagi.

Sehingga isu ini betul-betul selesai, pengguna dinasihatkan untuk membuang kod NuffnanfX dari blog mereka buat sementara. Nuffnang memberi jaminan yang segala rekod tidak akan terjejas jika anda buang kod mereka.

Pihak NuffnangX akan mengumumkan semula jika masalah ini sudah selesai, anda boleh hubungi mereka untuk bantuan lanjut di Twitter @nuffnangx atau melalui tiket.

Kemaskini:
Masalah ini telah selesai dan tiada lagi jangkitan malware. Update terbaru dari Google juga telah dibersihkan. Amaran malware telah pun dikeluarkan dan kini anda boleh melayari NuffnangX dan memasukkan kod NuffnangX ke dalam blog dengan selamat. - via emel NuffnangX.

Labels: , ,