Rebat RM200 untuk Telefon Pintar bermula 2013

Pakej Komunikasi Beli
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) akan membuka permohonan bagi Pakej Komunikasi Belia, sistem ini akan membolehkan para remaja meminta rebat RM200 untuk telefon pintar 3G terpilih yang kos tidak melebihi RM500.

Mereka yang boleh memohon mesti berusia antara 21 dan 30 tahun, mereka boleh mendaftar mulai 1 Januari 2013 dan pilihan boleh didapati mengikut 'siapa cepat dia dapat' sementara stok telefon pintar masih ada.

Pilihan telefon pintar termasuk: (boleh lihat senarai penuh di SINI)
  1. Alcatel 993D
  2. Alcatel OneTouch Inspire 2
  3. Telefon Buzz
  4. HTC Wildfire
  5. Huawei Ideos X3
  6. LG Optimus L3
  7. Nokia 2730 dan 7230
  8. Nokia Asha 305, 308 dan 311
  9. Nokia Lumia 610
  10. Samsung Galaxy Chat, Mini, Pocket dan Y
  11. Sony Xperia Tipo, dan beberapa yang lain
Pakej Komunikasi Belia diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada Bajet 2013, yang dibentangkan pada bulan September.

Dengan menyediakan cara yang lebih baik kepada remaja di Malaysia untuk online melalui telefon bimbit, terdapat harapan bahawa maklumat akan memberi kuasa kepada lebih ramai orang dan sudah tentu memberikan lebih akses kepada maklumat dan pendidikan.

Labels: