Panggil Teksi Menggunakan Telefon Pintar


Perkhidmatan "e-hailing", sudah popular di bandar-bandar besar seperti San Francisco, London, Chicago, Dublin, dan bandar-bandar lain, di mana perkhidmatan seperti Uber, Hailo, GetTaxi, dan Flywheel bersaing untuk mendaftarkan pengguna dan pemandu teksi.

Pengguna pasti sukakan kemudahan yang dapat mengimbas teksi berdekatan dan kemudian memanggilnya dengan hanya tap skrin sentuh. Pemandu teksi task perlu ambil masa yang lama untuk memandu di sekitar mencari penumpang.

E-hail hanya boleh memanggil teksi dari sejauh setengah batu di tengah-tengah bandar Manhattan contohnya dan sebatu setengah dari tempat lain. Untuk mengelakkan pemandu dari melanggar peraturan, pemandu tidak boleh mengenakan bayaran yang lebih untuk e-hail daripada tambang meter teksi.

Adakah kemudahan ini berkesan jika dibawa ke Malaysia. Mungkin banyak pro dan kontra serta perlu dikaji sebaik mungkin. Ideanya sangat bagus untuk memudahkan kedua-dua pemandu dan penumpang.

Labels: ,